sohoque.com
Mengapa Yeo's Menjadi Pilihanku | sohoque.com
Air Soya Dalam Tin Yeos Kalau sebut ataupun teringat tentang air tin atau air kotak, pasti fikiranku akan melayang ke arah produk yang diberi nama Yeo's ini. Aku pun kurang pasti sebab sebenarnya apa. Tetapi produk tersebut memang kuat menarik minat aku jika terfikir tentang minuman segera itu. Aku biasanya akan keluar awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Kebiasaannya selepas menghantar mereka, aku akan singgah di stesen minyak untuk melakukan beberapa urusan seperti mengisi minyak kenderaan, mengeluarkan duit dari akaun bank dan membasahkan tekak aku sebelum bertemu sarapan yang sebenar. Bila sampai bab memilih air minuman, antara minuman yang lazimnya menjadi pilihan aku adalah air soya dalam tin ataupun dalam kotak keluaran Yeo's. Bukan aku tak cuba untuk mengambil air lain seperti kopi dan sebagainya, tetapi tak sama rasanya dengan meminum soya Yeo's. Akhir sekali Yeo's juga yang menjadi pilihan. Bekal Ke Kebun/Sawah Sawah Padi (gambar hiasan) Keputusan aku mungkin banyak