sohoque.com
Drama Air Mata di Awal Pagi… | sohoque.com
Drama air mata di pagi hari... Pukul 6.40 pagi kami (aku, isteri dan Iffah) sampai di rumah pengasuh baru Ifza. Sepatutnya semalam kami dah hantar dia. Tapi semalam tetiba pulak ekzema dia agak teruk. Kulit kering semacam jer. So aku ambil keputusan untuk men"cuti"kan diri dan jaga dia secara intensif semalam. Kerja Unit Trust Consultant macam aku ni senang. Aku apply cuti, aku sendiri yang luluskan.. hahaha... Harapan aku agar kulit keringnya beransur pulih dan gatalnya berkurangan. Takut juga nak hantar kerumah pengasuh baru dengan keadaan dia macam ni. Kang terkejut pulak pengasuh tu nanti. Dibuatnya tak nak jaga sebab terkejut nanti.. macamana..? Sebenarnya pengasuh ni bukan orang baru yang kami baru kenal. Dah agak lama kami kenal. In fact dialah tukang jahit isteri aku dan anak-anak perempuan aku. Baju raya semua tempah dengan dia. Senang.. Siap dengan kain dia sediakan. Ifza dan cousins Since dia ada anak kecil seusia ifza, isteri aku pernah berbincang dengannya pasal nak minta