sohoque.com
Cara Untuk Semak Tempat Mengundi | sohoque.com
Bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) telah mula terasa. Banyak "tanda-tanda awal" telah berlaku. Malah sudah ada pun "tanda-tanda akhir" yang berlaku. Ada yang mengatakan kenaikan pasaran saham pada masa ini adalah satu tanda bahawa PRU 13 sudah dekat. Serang menyerang antara parti kerajaan dan pembangkang pun makin bertambah hangat. Bagi kita rakyat marhaen, tunaikanlah kewajipan kita dengan sebaik-baiknya. Pilih lah kerajaan yang "terbaik" untuk kita. Untuk itu, antara langkah awal yang perlu kita ambil ialah semak tempat mengundi kita. Kerana dikhuatiri ada perubahan tempat mengundi dek kerana persempadanan semula dan sebagainya. Ada dua cara untuk semak tempat mengundi anda: Yang pertama, klik di link ini. Anda akan dibawa ke laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Isikan data-data yang diminta iaitu ic baru. Kemudian tekan butang "semak". Tadaaa...! Keputusan telah keluar... Cara kedua ialah orang ramai boleh juga semak tempat mengundi secara online iaitu melalui khidmat