sohoque.com
Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan | sohoque.com
Setiap blogger terutama blogger yang baru sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara terbaik menjadi blogger berkesan. Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh salah seorang panelis forum sewaktu di MITBCA 2013 baru-baru ini. Beliau adalah Kiruba Shankar Sivaraman, CEO - Business Blogging dari India. Dia juga adalah penulis buku dan majalah. Profail Kiruba Shankar Antara tips beliau kepada bloggers tentang apakah cara terbaik menjadi blogger berkesan ialah: 1. Free Write. Tulislah secara bebas. Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala kita. Cara begini katanya lebih jujur kepada pembaca dan lebih menjimatkan masa kerana kita tidak terikat dengan had-had penulisan tertentu. Secara praktikalnya, beliau telah memberikan sekeping kertas dan mengarahkan audience menulis tentang bagaimana cara menjadi blogger berkesan. Masa yang diberikan ialah selama 5 minit. Peserta diarahkan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang tajuk yang diberi. Buktinya, secara purata peserta dapat