pekhabar.com
Tunku Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan - PeKhabar
Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah dianugerahkan dengan gelaran "Bapa Kemerdekaan" negara pada tahun 1957. Penganugerahan gelaran ini telah dipersetujui di dalam Persidangan Agong UMNO dan pengurniaan secara rasmi gelaran ini telah dilakukan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.