pekhabar.com
Tun Abdul Jalil Diangkat Menjadi Sultan Johor Ke 11 - PeKhabar
Pada tahun 1699, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil telah dilantik menjadi Sultan Johor yang ke sebelas dan bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Pelantikan baginda sebagai Sultan adalah bagi menggantikan Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud mangkat dijulang) yang telah dibunuh oleh seorang pahlawannya. Dengan pelantikan Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor, maka berakhirlah keturunan Kesultanan Melayu Melaka di Johor.