pekhabar.com
Perasmian Tugu Peringatan Negara - PeKhabar
Tugu Peringatan Negara diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada 8 Februari 1966 ia telah siap dibina dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Tugu ini dibina sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960).