pekhabar.com
Tengku Abdullah Menyerang Markas Tentera Siam Di Kedah - PeKhabar
Pada tahun 1823, Tengku Abdullah telah mengetuai bala tentera Kedah seramai 3,000 orang menyerang markas tentera Siam di Kedah. Serangan ini dilancarkan untuk mengembalikan takhta Kerajaan negeri Kedah kepada ayahandanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang telah melarikan diri ke Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris setelah Kedah ditawan oleh Siam pada tahun 1821.