pekhabar.com
Surat Sungai Yang Pertama Dikeluarkan - PeKhabar
Pada tahun 1844, Temenggung Ibrahim, Pemerintahan Kerajaan Johor telah mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama Lau Lib Keng. Dengan ini maka bermulalah penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu.