pekhabar.com
Polis Pulau Pinang Melancarkan Sistem Salleh - PeKhabar
Polis Pulau Pinang melancarkan Sistem Salleh di seluruh Bandaraya Pulau Pinang untuk mengetahui dan mencegah kejadian-kejadian jenayah. Pengumuman pelancaran sistem tersebut telah dibuat dalam satu sidang akhbar oleh Ketua Polis Daerah Georgetown Encik Abdul Majid Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Georgetown, Pulau Pinang pada 13 Mac 1968.