pekhabar.com
Sidang Raja-Raja Melayu (DURBAR) Yang Pertama - PeKhabar
Pada tahun 1897, Sidang Raja-raja Melayu (Durbar) yang pertama, telah diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar. Hadir di dalam Sidang Durbar ini ialah DYMM Sultan Perak, Sultan Idris; Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad dan Yam Tuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad. Baginda Raja-raja Melayu telah diiringi oleh Orang-orang Besar.