pekhabar.com
Rombongan Inggeris Ke Pulau Pangkor - PeKhabar
Campur tangan Inggeris di Perak bermula apabila termeterainya Perjanjian Pangkor di antara Pembesar-pembesar Perak dengan pihak Inggeris. Rombongan Inggeris ke Pulau Pangkor yang mengadakan perundingan dengan Pembesar-pembesar Perak telah bertolak daripada Singapura dengan menaiki kapal Pluto melalui Selat Melaka dan sampai pada 14 Januari 1874.