pekhabar.com
Portugis Menyerang Johor Lama Dan Kota Batu - PeKhabar
Pada tahun 1587, Portugis menyerang Johor Lama dan Kota Batu di negeri Johor. Peperangan ini merupakan serangan balas Portugis terhadap Sultan Johor, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil yang telah menyerang Melaka pada bulan Januari. Akibat serangan Johor ke atas Melaka itu, kerajaan Portugis di Melaka telah meminta pertolongan Wizurai Portugis di Goa. Ini kerana Portugis mengalami kesusahan yang amat teruk, terutama kekurangan makanan.