pekhabar.com
Lagu Kebangsaan Negeri Selangor - PeKhabar
Lagu 'Duli Yang Maha Mulia' telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang baharu pada 16 Februari 1967. Lagu yang digubah dan disusun oleh Saiful Bahari ini diterima oleh Majlis Mesyuarat Dewan Di Raja bersama-sama DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Shah pada 20 Februari, 1967 dan dirasmikan pada 8 Mac 1967.