pekhabar.com
Perjanjian Persahabatan Rembau - Belanda - PeKhabar
Satu perjanjian persahabatan dan pengiktirafan telah ditandatangani di Naning di antara Kerajaan Belanda dan Rembau pada tahun 1819. Rembau telah diwakili oleh Raja Ali, Penghulu Dato' Maharaja Lela dan Empat Suku yang terdiri dari Dato' Gempa Maharaja, Dato' Marabangsa, Dato' Sangsoera Pahlawan dan Dato' Bangsa di Balang. Kerajaan Negeri Belanda pula diwakili oleh Gabenor Belanda di Melaka iaitu J. S. Timmermann Thyssen.