pekhabar.com
Perjanjian Persahabatan Dan Perdagangan Johor-Belanda 1685 - PeKhabar
Pada tahun 1685, satu perjanjian persahabatan dan perdagangan Johor-Belanda telah ditandatangani. Perjanjian itu adalah hasil dari rundingan-rundingan yang diadakan di antara Paduka Raja dengan Francis van der Beke dan Lieutenant Jan Rosdom, iaitu wakil-wakil dari Gabenor Jeneral Belanda di Betawi, Camphuys yang bermula pada 27 Mac 1685, apabila wakil-wakil itu dibawa menghadap Sultan Mahmud Shah II.