pekhabar.com
Perjanjian Penyerahan Kuasa Teluk Belanga Kepada Temenggung Abu Bakar - PeKhabar
Pada tahun 1862, satu perjanjian penyerahan kuasa Teluk Belanga kepada Temenggung Abu Bakar oleh Kerajaan Inggeris telah berlangsung di Singapura. Perjanjian ini harus dibuat berikutan dengan persetujuan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Blundell bagi pihak Kerajaan Inggeris untuk menyerahkan kawasan tanah di Teluk Belanga kepada Temenggung Abu Bakar. Kawasan itu menjadi hak milik baginda turun temurun.