pekhabar.com
Perjanjian Inggeris - Rembau 1831 - PeKhabar
Pada tahun 1831, satu perjanjian Persahabatan dan Kerjasama telah dipersetujui di antara Kerajaan Inggeris dengan Penghulu Raja Ali dan Empat Suku yang memerintah Rembau dan Jajahan Takluknya. Kerajaan Inggeris telah diwakili oleh Robert Ibbetson, Residen Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Jajahan Takluknya. Perjanjian ini melibatkan soal-soal kawasan penempatan, perniagaan dan pengiktirafan Inggeris terhadap Rembau sebagai sebuah negeri yang merdeka.