pekhabar.com
Perjanjian Francis Light Dengan Sultan Abdullah 1791 - PeKhabar
Pada tahun 1791, Sultan Kedah, Sultan Abdullah telah bersetuju membuat dan menetapkan syarat-syarat bagi satu perjanjian dengan kompeni Inggeris. Perjanjian ini ditandatangani oleh Tengku Shariff Muhamad, Tengku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Telebon selaku wakil-wakil Sultan Kedah dengan Francis Light selaku wakil Kompeni Inggeris, di Fort Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 Mei 1791.