pekhabar.com
Penubuhan Wilayah Persekutuan - PeKhabar
Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dengan rasminya pada 1974. Selepas pengisytiharan ini Kuala Lumpur telah dijadikan sebuah wilayah yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan No.2) 1973. Serentak dengan itu kawasan Kuala Lumpur telah diperluaskan lagi dari 93.24 kilometer persegi kepada 243.46 kilometer persegi.