pekhabar.com
Penubuhan Radio Malaya - PeKhabar
Jabatan Penyiaran yang dikenali dengan RADIO MALAYA ditubuhkan pada tahun 1946 dan beribu pejabat di Singapura. Dengan tertubuhnya Jabatan ini maka tamatlah perkhidmatan penyiaran di bawah Pentadbiran Tentera British. Sejak ditubuhkan ia memainkan peranan yang penting kepada rakyat dan negara.