pekhabar.com
Pengumuman Dasar Kerakyatan Tanah Melayu - PeKhabar
Pada tahun 1951, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan Rang Undang-Undang mengenai dasar kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Rang Undang-Undang ini adalah hasil dari cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Majlis Jawatankuasa Perhubungan Muhibah antara kaum. la adalah juga merupakan pindaan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, bagi Fasal mengenai kerakyatan.