pekhabar.com
Pengisytiharan Nama Baru Universiti Pertanian Malaysia - PeKhabar
Universiti Pertanian Malaysia menempa sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang program termasuk sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Nama baru ini dipilih kerana lokasinya bersebelahan dengan Putrajaya dan mengambil sempena nama Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.