pekhabar.com
Penanaman Pokok-Pokok Getah Hevea Brasiliensis Yang Pertama Di Tanah Melayu - PeKhabar
Pada tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama di Tanah Melayu telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low. Bermula dari itu, penanaman pokok getah terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar.