pekhabar.com
Pemindahan Kuasa Negeri-Negeri Selat Dari India Ke Pejabat Tanah Jajahan Di London - PeKhabar
Pada tahun 1867, Pejabat Tanah Jajahan London telah mengambil alih pentadbiran Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Pemindahan kuasa ini adalah lanjutan daripada permintaan dan rayuan yang telah dikemukakan di Parlimen London oleh Pedagang-pedagang Negeri Selat yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpusat di Calcutta, India.