pekhabar.com
Pembukaan Rasmi Mahkamah Agung - PeKhabar
Pembukaan Rasmi Mahkamah Agung telah disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Dalam upacara tersebut baginda telah berkenan memeriksa perbarisan kehormat 107 anggota Batalion 11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ismail Haniffah dengan diiringi 60 anggota Pancaragam Pusat Kor Kovalri Diraja.