pekhabar.com
Pembukaan Pengkalan Feri Pulau Pinang Dan Butterworth - PeKhabar
Pembukaan Pengkalan Feri Pulau Pinang dan Butterworth telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1959. Sempena perasmiannya nama pengkalan tersebut telah diberi dengan nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. Kedua-dua pengkalan tersebut memulakan perkhidmatannya pada 1 Oktober 1959.