pekhabar.com
Pembubaran Malayan Union - PeKhabar
Sir Edward Gent, bagi pihak Kerajaan British, dan Raja-Raja Melayu telah menandatangani perjanjian Pembubaran Malayan Union pada tahun 1948. Pembubaran itu telah memberi jalan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Malayan Union yang ditubuhkan berasaskan kepada triti yang dibuat di antara Harold MacMichael dengan Raja-Raja Melayu tanpa mengikut perlembagaan, tradisi, kebudayaan dan pengertian tentang Negeri-Negeri Melayu telah mendapat tentangan hebat dari orang-orang Melayu.