pekhabar.com
Pelancaran Model Terbaru Proton Wira - PeKhabar
Pada tahun 1993, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan model terbaru Proton yang diberi nama Proton Wira bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Y.Bhg. Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Tan Sri Dato’ Jamil Bin Mohd Jan; Presiden Mitsubishi Motors Corporation, Dr. Hirokazu Nakamura.