pekhabar.com
Pasukan Pendaki Malaysia Berjaya Menawan Gunung Everest - PeKhabar
Pada tahun 1997, Malaysia telah mencatat satu lagi sejarah apabila Pasukan Pendaki Gunung Everest negara telah berjaya menawan puncak gunung Everest. Malaysia merupakan negara ke-21 yang telah berjaya sampai ke puncak Everest setinggi 8848 meter atau 29 000 kaki. Ekspedisi mendaki Gunung Everest ini terdiri daripada 23 orang, namun hanya dua orang sahaja yang telah berjaya sampai ke puncak iaitu M. Magendran dan N. Mohandas.