pekhabar.com
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengarah Tindakan Melawan Komunis - PeKhabar
Satu mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengarah Tindakan Melawan Komunis yang baru disusun semula berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1957. Jawatankuasa itu mengandungi empat orang Menteri Perikatan iaitu Tunku Abdul Rahman Kolonel H.S. Lee, Encik V.T. Sambanthan dan Dato' Abdul Razak Hussein. Menteri-menteri Perikatan telah menghadiri mesyuarat pertama tersebut bersama-sama dengan Bahagian Tindakan Melawan Pengganas Komunis yang diketuai oleh pengarahnya Jeneral Sir Geoffrey Bonn.