pekhabar.com
Jepun Menyerahkan Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu Kepada Thailand - PeKhabar
Pada tahun 1943, satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshal Plaek Phibunsongkhram. Dalam perjanjian tersebut Jepun menyerahkan Negeri-negeri Utara Tanah Melayu kepada Thailand. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis serta dua Wilayah Shan.