pekhabar.com
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Ditubuhkan - PeKhabar
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1972 yang bermatlamat bagi membantu kerajaan memelihara dan mengekalkan keamanan di dalam negara serta sebagai benteng ketiga dalam sistem pertahanan negara. Peranan dan tanggungjawab ahli-ahli RELA adalah berlandaskan kepada Peraturan-peraturan perlu RELA 1974 dan Falsafah RELA yang telah digubal pada tahun 1978.