pekhabar.com
Tunku Abdul Rahman Meninggal Dunia - PeKhabar
Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 87 tahun telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Kuala Lumpur, pada jam 10.25 malam 06 Disember 1990 kerana sakit tenat. Jenazah Almarhum telah di bawa ke Bangunan Parlimen daripada tempat kediamannya pada jam 7.40 pagi dan diletakkan di tempat khas di Dewan Bankuasi bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.