jbfoodclub.com
Pasta Mantap Dan Sedap Di The Burgers JB
Nak makan pasta sedap dan harga berpatutan. Di jamin puas hati dan pasti akan datang lagi. Banyak kali dah admin ke sini cuma belum ada kesempatan untuk review dan share kepada umum. Pernah berniaga di Muzium Tokoh Johor Bahru, The Burgers JB menghidangkan masakan pasta yang mengikut citarasa tempatan. Cuba try Tomyam Spaghetti & Cheesy Spaghetti. Anda juga boleh add on ayam crispy, ayam crispy dan ayam spicy. Menu-menu lain seperti Aglio Olio Seafood, Chicken Chop, Lamb Chop, Burger (homemade patty).