hellodoktor.com
Tuberkulosis: Apa yang Perlu Anda Tahu - Hello Doktor
Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit yang berpotensi menyebabkan keadaan yang serius. Ia menjejaskan banyak bahagian pada tubuh manusia tetapi paling kerap terkesan adalah paru-paru. Penyakit kronik ini telah menjejaskan ramai orang di seluruh dunia terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah. Bakteria adalah punca tuberkulosis Punca penyakit ini adalah jangkitan oleh sejenis bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis (M. tuberculosis). …