alongxp.com
Hari ini dalam sejarah – 29 Disember 1971 - Alongxp.com
Pada hari ini dalam tahun 1971, Kelab Golf Negara Subang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Sejak penubuhannya, Kelab tersebut telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan seperti kemudahan padang golf, rumah kelab, kolam renang, tempat permainan bowling, pejabat, restoran, makmal, dapur, bilik rehat dan kedai untuk membeli alatan permainan golf. Ahli-ahli Kehormat Kelab tersebut terdiri daripada DYMM Yang di-Pertuan Agung, Sultan-sultan Negeri, putera-putera