ydsm.my
MEMORANDUM YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN MENGENAI PEMBANGUNAN TANAH BENCAH SETIU SEBAGAI TAMAN NEGERI DAN WARISAN DUNIA
Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sejak penubuhannya pada 2005 telah memberikan komitmen yang mendalam kepada matlamatnya untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan pembangunan lestari. Bagi tujuan ini, salah satu fokus utamanya ialah program pemuliharaan dan pemeliharaan Tanah Bencah Setiu (TBS) di Terengganu berdasarkan prinsip bahawa sebarang pembangunan di TBS seharusnya bersifat lestari, tidak menjejaskan ekosistem