ydsm.my
KURSUS INDUKSI PROGRAM SENI KRAF WARISAN YDSM SIRI KE-7 SESI 2018/2019
Salah satu usaha bagi menghidup dan menyuburkan kembali seni kraf warisan Terengganu ialah dengan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyambung dan meneruskan legasi seni kraf warisan ini. Sekaligus dapat mengatasinya dari pupus dan luput ditelan zaman. Generasi pelapis ini suatu hari akan lahir sebagai tukang mahir atau adiguru yang kini kebanyakan mereka telah lanjut usia.