eshamzhalim.com
Shah Alam Half 21KM Night Run 2016 | The Secret Life Of Eshamz Halim
Shah Alam Half 21KM Night Run telah diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan ianya juga merupakan penganjuran sulung bagi acara ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor (POPS), GORun dan Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hanya menawarkan 2 jarak larian sahaja iaitu 21km Half Marathon dan juga 10km dengan kedua-dua jarak larian mempunyai kategori lelaki dan wanita terbuka dan veteran.