eshamzhalim.com
Nike We Run KL 21K 2016
Nike We Run KL 21K 2016 telah diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur pada 10 April 2016. Larian anjuran Nike Malaysia ini hanya menawarkan satu (1) kategori sahaja iaitu 21km (Half Marathon). Peserta akan memulakan larian di Race Village, Semasa Parking Sentral yang bersebelahan dengan KL Sentral dan akan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 21km sebelum kembali semula ke Semasa Parking Sentral untuk menamatkan larian.