eshamzhalim.com
Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014 | The Secret Life Of Eshamz Halim
Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.