eshamzhalim.com
Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu
Bagi penggemar keindahan alam semulajadi atau pun kedinginan air terjun, pasti akan teruja dengan entri aku kali ni. Kali ni aku, wife dan geng-geng outdoor dalam misi untuk menjejaki Air Terjun Lata Medang. Air Terjun Lata Medang ni terletak di Kuala Kubu Bharu atau lebih tepat lagi di Kampung Pertak. Kampung Pertak ni sebenarnya adalah Perkampungan Orang Asli Moden yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pertak.