eshamzhalim.com
Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand: Bahagian 1 | The Secret Life Of Eshamz Halim
Aku rasa ramai yang tak tahu nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Mahat Yai" yang bermakna Pokok Ma Hat Besar iaitu sebuah pokok nangka daripada spesies Artocarpus. Hat Yai pada asalnya dikenali dengan nama Khok Sa-Met Choon yang merupakan sebuah perkampungan kecil dan telah berkembang pesat apabila sebuah Stesen Keretapi (Hat Yai Junction) telah dibina dan seterusnya menjadikan Hat Yai sebagai salah satu hub utama laluan keretapi.