eshamzhalim.com
Backpacker Trip Thailand: Misi Menjejaki Bunga Matahari | The Secret Life Of Eshamz Halim
Bagi pengembaraan kali ini, aku dan wife telah ditemani oleh Zakiah dan Alice dalam misi untuk menjejaki Ladang Bunga Matahari yang terbesar di daerah Lopburi, Thailand. Bermula daripada angan-angan, akhirnya telah menjadi kenyataan apabila berjaya menjejakkan kaki serta dikelilingi oleh ratusan dan ribuan bunga matahari yang sedang berkembang mekar di bawah sinaran cahaya mentari.