penyusukan.com
Usia 47 Tahun Bukan Halangan Sertai Perlumbaan Sejauh 44KM
Zulkiffli bin Abdul Ghani membuktikan usia bukan halangan untuk turut sama menyertai perlumbaan berbasikal lebuhraya dalam MJM BMCC Amateur Race 19. Beliau yang kini berusia 47 tahun dari Kemaman ini merupakan antara 15 pelumba bagi pasukan Team Rempit Kemaman. Selain berlumba di dalam negara, beliau bersama pasukan juga turut menyertai beberapa penganjuran perlumbaan di luar negara.