penyusukan.com
SUTERA: Setiu & Kuala Nerus Ke Pentas Penutup Tirai Bola Sepak
Finalis Kejohanan Bola Sepak SUTERA 2019 di antara Setiu menentang Kuala Nerus masing-masing mencatatkan perjalanan penuh dramatik sebelum mara ke pusingan akhir penentuan juara. Sebelum itu di peringkat separuh akhir, kedua-dua pasukan ini terikat seri dengan lawan masing-masing. Tuah penalti menjadi tiket bagi kedua-dua pasukan ini untuk mara ke pusingan penentuan kejuaraan sulung penganjuran Sukan Terengganu(SUTERA) ini.