penyusukan.com
SUKMA 2020: Skuad Pelayaran Terengganu Raih Pingat Emas Di Perairan Qatar
Skuad pelayaran Terengganu yang juga skuad persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti telah berjaya mencipta sensasi perkembangan sukan pelayaran tempatan apabila muncul juara meraih pingat emas Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa yang telah berlangsung di Kelab Marina Doha, Qatar. Menambah manis, skuad bawah umur ini merupakan pasukan yang mengantikan pasukan kebangsaan untuk kejohanan ini setelah badan induk sukan pelayaran kebangsaan tidak dapat menghantar pasukan rentetan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini.