penyusukan.com
SUKMA 2020: Judoka Terengganu Sertai Siri Jelajah Latihan Antarabangsa
Menjelang penganjuran sukan dwi tahunan edisi ke-20 temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 yang akan berlangsung pada bulan Julai nanti, atlet judoka-judoka negeri Terengganu membuka lembaran tahun baru untuk terbang ke Manila bagi menjalani sesi latihan antarabangsa pertama bersama pasukan judo kebangsaan Filipina. Judoka-judoka yang dibarisi sepenuhnya anak jati kelahiran negeri Terengganu ini termasuk jurulatih-jurulatih akan berguru selama seminggu di sana bagi menimba pengalaman berprestasi tinggi.