penyusukan.com
Sukan Terengganu (Sutera) Pada September 2019
Temasya Sukan Terengganu (Sutera) dijadualkan bakal berlangsung pada 5 September sehingga 9 September 2019 nanti melibatkan beberapa venue pertandingan sekitar negeri ini yang akan diputuskan nanti. Penganjuran kali ini juga turut menerima suntikan dana RM 1 juta dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu sebagai usaha menggalakkan golongan belia khususnya membudayakan aktiviti bersukan.